Friday, October 12, 2012

Kata Ganti Diri Pertama

video

Kata ganti diri pertama

Tunggal

  • aku—digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba—digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta—digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

12 comments:

Alex Ong said...

great sharing indeed. Duly need to be encouraged for new style of teaching. Keep it up!

Bong Sze Jin D20112054639 said...

Saya telah belajar melalui post ini, terima kasih.

Liaw Lih Ling D20112052719 said...

Thx for sharing~

Valerie Sie said...

good...

Lyann Mok said...

It's a nice and creative blog, thanks for sharing......

Siew Foo D20112052869 said...

Sesuai untuk murid mempelajari dan membezakan penggunaan kata ganti diri.

VG WEE said...

Nota yang berguna dan sesuai.

cheok beegeok said...

Ya, nota yang mudah difahami dan berguna.

Tan Bee Hoon D20112054696 said...

Terima kasih atas comment anda ~~

HENG SU HUN D20112054666 said...

Nota yang sesuai untuk murid-murid belajar.

Lau Siaw Khee said...

Nota yang amat jelas dan sesuai kepada murid.

Yong Lik Fang said...

Nice sharing!

Post a Comment

There was an error in this gadget